Wednesday, 11 February 2015

PENGAJARAN YANG DAPAT AMBIL DALAM CERAMAH SEMALAM 11/2/2015

TAJUK: Isyarat akhir zaman:
OLEH: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
---------------------------
Tanda2 besar yg merupakan isyarat akan berlakunya kiamat yg belaku ketika ini:

1. Al Quran dipertikaikan kandungan. Di mana Al Quran ditarik daripada hidup org Islam. Munculnya Islam liberal dimana ada pihak mencari-cari kesilapan Al Quran dan semua berhak mentafsir Al Quran mengikut logik mereka sendiri tanpa rujukan yg betul.

2. Matinya alim ulama. Sama ada benar2 mati atau dimatikan atau disekat penyampaian ilmunya.

3.  Apabila seseorang hilang hormat pada kedua ibubapanya (termasuk mertua). Ibu melahirkan tuan. Begitu juga apabila seorang isteri hilang hormat pada suaminya setelah suaminya melunaskan hak2 isterinya.

4. Fitnah berleluasa sehingga tidak dapat dibezakan yg mana yg benar atau salah. Ulamak ada menyebut sunat berdoa agar Allah matikan kita dizaman fitnah yg berleluasa. Kembalilah kepada hukum Islam agar semua akan dapat keadilan dan terlepas dari hukuman allah di akhirat nanti. Kes Anuar hanya terlepas hukuman di dunia hukuman akhirat belum tentu. Tunggulah pengadilan di hadapan Allah siapa yang benar dan salah.

5. Apabila alam mula berbicara dengan manusia. Elemen air sudah berbicara yakni dgn terjadinya banjir, tsunami. Elemen tanah sudah berbicara yakni dgn berlakunya tanah runtuh. Elemen angin sudah berbicara yakni dgn berlakunya taufan, ribut. Elemen api secara lahiriahnya belum lagi berbicara ketika ini tetapi kita boleh kaitkan dengan api persengketaan yg berlaku di timur tengah, syria, iran, iraq palestin dsbg.

🌿Kesimpulan:
Semua tanda2 di atas menyebabkan hilangnya hidayah dan berkat dalam kehidupan kita. Sehingga ada hadis yg lebih kurang maksudnya, ada satu zaman tiada yang kekal Islam pada seseorang kecuali namanya.

🌿Pelan tindakan kita sebelum meninggalkan dunia ini x lain x bukan kembali pada Allah dgn mencari hidayah dan keberkatan dalam hidup

Ustaz mengingatkan lagi agar kita semua ambil perhatian.!!!!!

SEBELUM KITA MENINGGAL DUNIA.....

Sebagai seorang LELAKI adalah dituntut membaca dan belajar tafsir serta mentadabur sekurang-kurangnya 2 surah didalam Al quran iaitu Surah Al-Baqarah dan Surah Al Imran.

Di samping memahami Hadis 40 karangan Imam Nawawi.

Manakala, sebagai seorang PEREMPUAN adalah dituntut belajar n mentadabur sekurang-kurangnya 3 surah dalam Al Quran iaitu Surah An Nisa, Surah An Nur dan Surah Al Ahzab berserta memahami Hadis 40 karangan Imam Nawawi.

Catatan Ringkasan dari pendengar Muslimah Surau Al-Jabbar Taman Emas Dengkil. Sebarkan moga anda dan kita semua akan mendapat pahala dan rahmat Ilahi..
والله اعلم بالصواب

No comments:

Post a Comment