KUALA TERENAGGANU: Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(Maidam) dikatakan akan melakukan penguatkuasaan khusus bagi golongan remaja bukan muhrim yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam di negeri itu.
Menurut Ketua Penguatkuasaan Syariahnya,Mokhtar Salleh, tumpuan akan diberikan kepada pasangan bukan muhrim yang menaiki motosikal bersama, wanita berpakaian mencolok mata dan lelaki yang berpakaian seperti wanita.
"Benda seperti ini sudah bagaikan satu trend dengan kaum wanita sering dilihat membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan lelaki walaupaun tanpa ikantan yang sah." katanta
Pihak beliau akan bekerjasama dengan pihak penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika operasi bagi mengesan pesalah yang melakukan perbuatan seperti ini.
“Kita akan terus mencegah perbuatan berkenaan daripada terus berleluasa dari semasa ke semasa. Kita sebenarnya tiada kuasa untuk menahan mereka di jalan raya dan oleh sebab itu kita bekerjasama dengan agensi yang lain membanteras perbuatan tidak sopan ini.
“Jika kita kesan mereka tiada hubungan dan berkelakuan tidak senonoh, kita akan panggil untuk sesi kaunseling sebelum diberi amaran dan ditahan jika terus mengulangi perbuatan yang sama,” katanya lagi.
Sebelum ini satu operasi seumapama ini telah dijalankan bermula pukul 9 hingga 12 malam, Maidam turut mengesan enam pasangan berkelakuan dan berpakaian kurang sopan serta seorang lelaki berpakaian wanita.
Beliau berkata rata-rata mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 26 tahun yang menaiki motosikal dengan lelaki bukan mahram.
"Saya mengingatkan golongan wanita Islam di negeri ini agar tidak mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjara selama enam bulan,"Tegasnya. - Siakapkeli.com.my
No comments:
Post a Comment