Wednesday, 28 January 2015

Tanda Tanda Sakit
Jantung
Pada zaman ini, penyakit jantung adalah
pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu
ketika pesakit tersebut mengalami sakit
jantung, adalah amat berharga. Oleh itu,
ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang
mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup
atau mati. Ini sumber dari Unit Promosi
Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam
Sekitar, DBKL.
1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit
– berkemungkinan jantung kita ada
masalah seperti lemak berlebihan, injap
jantung lemah atau saluran koronari
tersumbat.
2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan –
Jika sakitnya berpanjangan pada lengan
tangan kiri ada kemungkinan anda akan
diserang sakit jantung dalam masa
terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa
pada kedua-dua belah tangan)
3. Lidah terasa tegang dan pendek.
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang
tiba-tiba tanpa sebab.
5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke
sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada
sedang dihempap oleh benda berat.
6. Daripada sakit dada rasa sakit mula
merebak pada tangan, lengan, tengkok,
belakang, abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam
angin penuh atau rasa pedih.
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau
terasa ada kahak dan sentiasa mahu
berdehem.
9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10. Rasa keletihan sepanjang masa.
11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12. Degupan jantung tidak menentu.
13. Nafas terasa pendek.
14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang
duduk rehat atas kerusi.
15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-
sendi di kaki atau abdomen.
16. Saat-saat paling hampir pada serangan
jantung biasanya membawa kepada
keletihan atau tidak maya yang teruk.
Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan
adalah simptom utama dan tanda tanda sakit
jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami
sebarang sakit dada. Ada juga yang alami
sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada
yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang
juga ramai yang alami beberapa
simptom yang membuktikan serangan jantung
sedang berlaku. Kami terangkan dengan lebih
lanjut lagi.
Rahang tidak selesa
Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat
jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di
bahagian rahang anda. Anda mungkin boleh
rasa ketegangan di dalam dan di sekitar
bahagian bawah rahang pada salah satu atau
kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini
boleh merebak dari dada ke rahang anda.
Leher rasa terbakar
Mereka yang pernah alami sakit jantung
menggambarkan ketidakselesaan di bahagian
leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di
dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak
dari dada atau bahu ke leher anda.
Sakit di bahu
Antara tanda tanda sakit jantung yang
seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di
dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-
dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti
sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang
merebak dari dada ke bahu.
Rasa berat di bahagian dada
Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain
ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau
tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang
dirasa begitu teruk sehingga anda boleh
merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit
dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-
cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda
tanda sakit jantung.
Sakit belakang
Sakit belakang juga merupakan di antara
tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit
jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara
kedua-dua tulang belikat anda dan boleh
merebak dari dada ke bahagian belakang anda.
Tidak selesa pada lengan
Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau
kedua-dua belah lengan juga merupakan
tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini
boleh merebak dari dada ke lengan anda.
Rasa Letih
Merasa letih yang amat sangat juga dialami
oleh sesetengah orang yang berdepan dengan
risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang
mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang
senang, seperti berjalan ke bilik air atau
mengambil segelas cawan untuk minum.
Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan
tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana
main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali
abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.
Rasa Loya
Selain daripada itu, anda juga mungkin
mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh
yang lama. Anda juga mungkin berasa pening
di samping tanda-tanda sakit jantung yang
lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga
mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda
mungkin berasa seperti semput atau alami
kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan
dengan seseorang yang perlu menarik nafas
yang panjang disebabkan dada terasa seperti
ketat atau sempit.
Ini sumber dari DEMC yang menyenaraikan
tanda tanda sakit jantung dalam bentuk yang
ringkas:
Sakit dada semasa melakukan aktiviti
kecergasan seperti apabila berjalan laju,
naik atau turun tangga, bermain bola,
berjoging atau sebagainya.
Badan merasa cepat penat, sentiasa
termengah-mengah, lelah atau batuk
berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti
yang biasa dilakukan berkurangan daripada
biasa.
Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam.
Anda boleh merasakan denyutan jantung
anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat
berpeluh.

No comments:

Post a Comment