Tuesday, 27 January 2015

Please share this. Jika tiada anak kecil pun, tolong
sebarkan maklumat ini kpd sesiapa sahaja. Kita
tidak tahu entah siapa yg dapat diselamatkan
dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit
masa dan hantar kpd kawan yg ada anak-anak
dan cucu-cucu. Mahu berkongsi apa yg berlaku
hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB.
Seorang ibu sedang membongkok untuk
membelek-belek daging, dan apabila berpusing
mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun
telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan
dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus
memanggil-manggil anak perempuannya tapi
hampa. Saya meminta seorang pekerja lelaki
Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut
melalui sistem pembesar suara. Beliau terus
melakukannya apabila diminta berbuat demikian ,
dan kemudian terus meninggalkan saya untuk
membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk
memaklumkan supaya semua pintu dan pagar
dikunci menggunakan kata kod atau
seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua
pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit
diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.
Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5
minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan
masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah
separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada
sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan
rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya
untuk menukar wajahnya. Siapa pun yang
melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa
budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur
rambut dan tukar pakaiannya, melakukannya
kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya
menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan
anak-anak anda apabila berada di tempat luas di
mana adalah senang untuk kita terpisah dengan
mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya
beberapa minit diperlukan untuk melakukan
semuanya. 5 minit lagi anak perempuan itu tentu
sudah berjaya dibawa keluar! *copy and paste dr
group lain. Real story dr kwn sy.. Sbb tu byk kes
kehilangan
kanak2 d Malaysia stp tahun..ada yg berjaya di
selamatkan dn ada yg tdk d jumpai. Harga pasaran
gelap utk sorg budak berusia 3 thn mencecah RM
20ribu..ini mengikut bangsa dn jantina. Grup ini
merupakan sindiket penyeludupan yg terancang dn
mpunyai network yg meluas..so bg yg mempunyai
adik, kanak2, cucu ka..sila beri perhatian kpd mrk
jika berada d luar spt pasaraya. Sila ambil
perhatian yg serius..Sharing is caring ..
Tlg baca ni ye. Penting.!!!

No comments:

Post a Comment