Thursday 29 January 2015

Kerana Berbaju Kurung, Pelajar Sekolah Disuruh Balik

 28 comments :
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain dan melanggar etika pemakaian disebuah sekolah di Cheras.

Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.

Oleh kerana tidak dapat memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.



Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan meminta pihak berkenaan membawa isu tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

Ujar Kamalanathan lagi, di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran, terdapat kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dan adakalanya, ada pengetua yang membuat polisi sendiri tanpa kebenaran dari kementerian.

28 comments :

  1. Masa saya d BBGS dulu pun kawan2 saya yg bukan muslim pakai baju kurung. Tiada pula d ambil tindakan. Apa salahnya mereka berbaju kurung sekolah. Kita 1Msia. Ada ke termaktub dlm mana2 syarat berpakaian sekolah, bj kurung putih biru hanya utk pelajar muslim...tahniah pd ketiga2 pelajr ni. 
    Reply
    Replies
    1. Narrow minded ppl tend to equal religion, race to the clothes ppl. It should be encouraged as we are Malaysians convent schools allow2 it. Aiyah 1
  2. Peraturan pelik. Sekolah saya tak ada pun peraturan begitu. Pelajar non-muslim dibenarkan malah digalakkan memakai baju kurung tau. Krikk krikk betul sekolah tu..
    Reply
  3. Kes ini bukan mencemarkan agama tapi dituduh mencemarkan Melayu......
    Reply
  4. Bodoh..kluar ipta mna oo...nama shja guru tpi mnmpkkn sgt tidak pndai mnguruskn hal bgni..kluarkn pkeliling y mnnjukkn prmpuan bukan mlyu x blh mmkai bju kurung..tiada kn...pkai ckit otak tuu..
    Reply
  5. agaknya bajunya terlalu nipis n tak pakai baju dlm.. so nampakla sumer bra ...
    Reply
    Replies
    1. mungkin ada sebab lain kot... mungkin orang awam tidak pernah didedahkan berkenaan undang2 dan peraturan...  
      cuba tanya sepa2 adakah sesiapa yang masih tidak tahu undang2 dlm perlembagaan . merata tempat termasuk lah saya sendiri .tiada pendedahan ttg undang2 di tv mahupun radio.. 
    2. Kainnya nipis tu kot.
    3. Sy x percaya kainnya nipis sbb kalau ia nipis, maka akan disebut dan diberitahu kpd pljr bkenaan. Isu nya adalah larangan pakai baju kurg...bukan isu larangan baju kurung sbb nipis...
  6. Tidak ada larangan untuk pelajar lain memakai baju kurung. Tetapi saya tidak setuju dengan Lawrence yang cuba menerapkan nilai bangsa lain dalam budayanya. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah baju kurung bukan pakaian seragam sekolah. Ia sengaja dijadikan sebagai pakaian seragam oleh kerajaan UMNO sebagai langkah untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia di peringkat sekolah lagi. Double standard yang diamalkan sekarang sangat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia. Kalau anak-anak Lawrance nak juga pakai baju Melayu, saya sarankan supaya turut pakai juga tudung sekali. Saya percaya ada perkara yang disembunyikan dalam isu ini. Antara perkara yang menjadi tumpuan saya ialah, peraturan sekolah itu yang meminta pelajar perempuan supaya memakai baju kurung bersama tudungnya sekali. Jika inilah peraturan sekolah, tindakan sekolah ini memang patut! Satu lagi perkara ialah, kegahiraan pelajar perempuan yang suka menonjolkan pakaian dalamannya! Ada pelajar yang sengaja memakai baju Melayu yang nipis sehingga menonjolkan colinya. Sebagai seorang guru di sekolah menengah, saya lebih menyebelahi tindakan sekolah itu.
    Reply
    Replies
    1. Betul tue. Saya sokong ! 
    2. jika baju kurung bukan pakaian seragam sekolah. abis budak pompuan melayu nak pakai baju apa?
      baju sekolah berskirt pendek ng nmpk kaki. atau pakai pakaian seragam budak lelaki?
    3. Apa? Mengarut ke apa ni? Pakai baju kurung,mst pakai tudung??
      Klu mcm tu, pakai pakaian style moden, x perlu pakai tudungnla? Sbb moden maaa....pttla ramai budak mlayu x pakai tudung bila pakai pakaian moden. Logik juga ko pnya akal.
    4. biarlah dia nak pakai bju kurung pun xde kne mengene dgn nampak coli ke x.....xperlu sampai nk pakai tdung pn dh die non muslim...ape lh....
  7. Memang benar apa yang di katakan Johnson victor..... sekarang banyak isu, sengaja nak menjatuhkan maruah islam..... mungkin dia dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya. .......
    Reply
  8. betul tu sekarang ni banyak dah sekolah kat Malaysia ni letak peraturan sendiri ..lepastu hukum sesuka hati.. apa tindakan pihak menteri?? 
    Reply
  9. Klu non muslim pakai baju kurung kena pakai anak baju... saya rasa yang dia pakai tu jarang sangat kot..
    Reply
    Replies
    1. setuju setuju. baju jarang nampak dalam.
  10. Tidak kh bangang namanya 2 guru..first time dgr cmni permpuan bukan muslim x layak memakai bju kurun sekolah..sepatutnya guru 2 yg kena halau balik n xyah datang ke sekolah lgi..menteri mna yg mengeluarkn undang2 baru cmni melarang budak permpuan bukn muslim memakai baju kurung sekolah??
    Reply
    Replies
    1. Kes ni perempuan berbaju kurung x butangkan butang di bwh leher tu...jgn tuduh melulu klu x tahu
  11. Stupid korang ni! Kalau berbaju kurung xpakai tudung, lepastu bergaul tanpa batasan peraturan berbaju kurung! Tidak ke akan menempik muka2 melayu dan islam yg baju kurungnya sebagai pakaian tradisi? Kalau kau naik kete dari jauh kau nmpk budak pakai baju kurung dan bergaul sosial atau hisap roko selepas waktu sekolah, bangsa dan agama yg pertama kau fikir adalah melayu dan islam bukan?! Itulah yg perlu dielakkan!!! Anjing2 ni masih ada yg bodoh xguna otak?!
    Reply
  12. Baju uniform murid tadi tak lengkap la. Senang jer. Nak besarkan isu buat apa? Cikgu kena tegas dgn undang2 sekolah dan pada masa yg sama profesional la jangan loyar buruk suruh minx brim bagai. Tak perlu suruh balik. Beri surat dari gb minta tukar baju elok2. Budi bahasa budaya kita cikgu dan ibu bapa sekalian
    Reply
  13. Mesti ade 'penampakkan' sesuatu yg mmbuatkn mrka dilarang.....
    Reply
  14. kementerian Pendidikan tidak pernah melarang mana mana bukan Muslim dari memakai baju kurung malah sangat digalakan kerana ia lebih sopan dan tidak menjolok mata
    Reply
  15. Tak habis2 klu masaalah je kait politik,pastu tunding jari,pesal ko ckp baju kurung bkn pakaian sekolah?klu pakaian sekolah yg biasa pmpuan non muslim tu sesuai ke dgn tudung?mmg xtutup aurat la,hnya sbb nk org melayu pakai baju kurung ko ckp untuk pecah belahlah kaum mmg otak letak bwh tapak kasut la,di malaysia bkn mngamalkan budaya bangsa ke,kita kongsi perayaan,contoh bilatahun baru cina,,ko penah tgk PM pakai sari ke?tidak kan dia pakai mngikut perayaan..disini yg nk pecah belahkan kaum tu siapa?ko la bangang johnson victor
    Reply
  16. Tak habis2 klu masaalah je kait politik,pastu tunding jari,pesal ko ckp baju kurung bkn pakaian sekolah?klu pakaian sekolah yg biasa pmpuan non muslim tu sesuai ke dgn tudung?mmg xtutup aurat la,hnya sbb nk org melayu pakai baju kurung ko ckp untuk pecah belahlah kaum mmg otak letak bwh tapak kasut la,di malaysia bkn mngamalkan budaya bangsa ke,kita kongsi perayaan,contoh bilatahun baru cina,,ko penah tgk PM pakai sari ke?tidak kan dia pakai mngikut perayaan..disini yg nk pecah belahkan kaum tu siapa?ko la bangang johnson victor
    Reply
    Replies
    1. betul tu cek uon.. rasenye johnson victor ni nak pecah belahkan kite je..
  17. MACAM 2 ADA , saudara dan saudari mari kita sama-sama lihat sabda Rasulullah MUHAMMAD saw. Jika amanat (kejujuran) itu telah hilang maka tunggulah adanya satu kiamat (kehancuran).seorang sahabat bertanya : "Bagaimanakah betuk hilangnya ya Rasulullah? "Jika diserahkan satu perkara kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kerusakannya (kehancurannya,kiamatnya)". HR.Bukhari.
    Reply

No comments:

Post a Comment