Sunday 25 January 2015

Ibu buta teruja dapat lihat anaknya buat kali pertama 

Ibu buta teruja dapat lihat anaknya buat kali pertamaDia dapat melihat anaknya itu dengan bantuan eSight yang meningkatkan kualiti video. 
WASHINGTON: Video seorang ibu cacat penglihatan di Kanada yang dapat melihat anaknya buat kali pertama telah menjadi viral baru-baru ini.

Rakaman yang dimuat naik di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29 tahun, melihat anaknya yang baru lahir menerusi bantuan cermin mata berteknologi tinggi, eSight.

"Buat kali pertamanya saya dapat melihat anak saya sendiri dan saya rasa sangat gembira," kata ibu muda itu.


Beitz menghidap penyakit yang dikenali sebagai penyakit Stargardt.

Dia dapat melihat anaknya itu dengan bantuan eSight yang meningkatkan kualiti video dalam masa nyata.

Imej-imej dipaparkan membolehkan individu yang tidak benar-benar buta untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Selepas melahirkan, Beitz terus mahu berjumpa dengan anaknya," kata Yvonne Felix, kakak Beitz yang telah memuat naik video itu.

Felix, yang juga mempunyai penyakit sama, sedang mengumpul dana supaya lebih ramai boleh memperoleh cermin mata mahal ini di makeblindnesshistory.com.
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment