Normah Darmanhuri Mantap Dalam Suamiku Encik Perfect 10
26/01/2015
Dilihat : 4051
Genre : Romantik
Pengarah : Mohammed Feroz Abdul Kader
Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Global Station Sdn. Bhd.
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Malaysia
Tarikh Tayangan : 22 Januari 2015
Format : High Definition
Durasi : 124 minit
Ulasan
Filem Suamiku Encik Perfect 10 antara pembuka filem bagi tahun 2015 yang dibintangi pelakon popular seperti Lisa Surihani, Aaron Aziz, Raja Ilya dan Jehan Miskin.
Bagi penulis, lakonan mereka yang bersahaja dan bijak memainkan watak masing-masing menampakkan filem ini berada di landasan yang tersendiri.
Cuma penulis lebih tertarik dengan watak Tok Zaharah iaitu lakonan Normah Damanhuri yang nampak lebih neutral, bersahaja dan tegas selaku ketua keluarga.
Bimbang dengan cucunya Zarief Zainal (Aaron Aziz) yang sudah bertunang lama tapi musykil dengan personaliti bakal cucu menantunya iaitu Azura Hanim (Raja Ilya) yang tidak serius dengan perkahwinan.
Maka dengan itu, Tok Zaharah telah memainkan peranannya untuk menyiasat latar belakang Azura terutama kehidupan seharian dalam kerjayanya seorang model.
Normah Damanhuri membawa watak sebagai Mak Tok amat terkesan di jiwa penulis kerana memek muka, gerak badan dan tutur kata yang amat bersahaja.
Tidak terlalu ‘over’ mengunakan loghat utara, membuatkan Normah Damanhuri berada di kelasnya tersendiri . Setiap kali Mak Tok membuka mulut, ayatnya memang ‘makan hati’ atau ‘makan dalam’ apabila mendengarnya.
Nasihat dan keputusan yang dibuat oleh Mak Tok juga amat sinonim dengan kehidupan seharian dan tidak terburu-buru untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapinya.
Kalau nak tahu apa yang Mak Tok bimbangkan mengenai cucunya, adakah Mak Tok berjaya selesaikan masalah yang dihadapi keluarganya, jangan lupa menonton ini Suamiku Encik Perfect 10 di pawagam berdekatan yang sudah ditayangkan pada 22 Januari lalu.
Sinopsis
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Artikel Berkaitan
BERITA LAINSuamiku Encik Perfect 10, Kuasa Gandingan Romantis Aaron Aziz & Lisa Surihani
Suamiku Encik Perfect 10, Aaron Aziz & Syazwan Zulkifly Mana Satu Pilihan Lisa?
Tahniah Kepada Pemenang Peraduan Suamiku Encik Perfect 10
Majlis Pra-Tonton Suamiku Encik Perfect 10 Bersama Aaron Aziz Meriah!
Kenali Lelaki Perfect 10 Mengikut Negeri
Kenali Kriteria Lelaki Perfect 10
No comments:
Post a Comment