Kisah kentut ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan komen :
Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..
Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.
Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.
Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut... Besar betulkah masalahnya???
No comments:
Post a Comment