BANJIR: Tanah runtuh belakang rumah panjang
Kapit: Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan lebih 50 penduduk Rumah Panjang Weng dalam kebimbangan apabila tanah runtuh berlaku di belakang rumah terbabit.
Kejadian berlaku sekitar 3 petang tadi, turut mengakibatkan air melimpah ke dewan makan dan serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong.
Berikutan, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kapit bergegas ke lokasi bagi membuat pemantauan kerana bimbang kejadian bertambah buruk.
"Hujan berterusan sejak petang tadi mengakibatkan paras air meningkat sekaligus melimpah ke kawasan rendah.
"Setakat ini, tiada mangsa dipindahkan. Bagaimanapun, anggota kami akan membuat pemantauan termasuk meminta penduduk supaya memaklumkan kepada bomba jika keadaan bertambah buruk," kata jurucakap bomba.
Selasa, 27 January 2015 @ 12:56 AM
No comments:
Post a Comment