Wednesday, 24 December 2014

PAS akan adakan Jelajah Perdana 2015

SALMIYAH HARUN | 
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan program Jelajah Perdana bermula 17 Januari hingga 26 April 2015 yang akan membabitkan seluruh pimpinan utama PAS termasuklah Presiden, Timbalan, Naib, Setiausaha dan Ahli Jawatan Kuasanya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar, para pimpinan ini akan turun ke setiap negeri bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah untuk bertemu dan beramah mesra dengan jentera parti serta masyarakat setempat.

"Pimpinan ini akan bersama-sama rakyat satu hari untuk satu negeri dari awal subuh hinggalah ke tengah malam.

"Aktiviti yang bakal diadakan akan mengikut cita rasa negeri masing-masing, ada aktiviti jogging membabitkan ahli dan rakyat sebagai medium untuk kita rapatkan ukuhwah," katanya.

Selain itu, katanya program seperti ini juga sebagai platform untuk PAS menjelaskan isu-isu yang berlaku di dalam negara.

Malah di dalam program itu nanti, katanya para pimpinan tidak melepaskan peluang untuk menyantuni warga emas dan menziarahi masyarakat setempat khususnya yang sedang menghadapi masalah sama ada kesihatan ataupun sebagainya.

Program ini merupakan anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat bersama Ajk PAS Pusat –HARAKAHDAILY 11/12/2014
Copyright © 2014 Harakah. Hak Cipta Terpelihara. Rekabentuk oleh Harakah IT 

No comments:

Post a Comment