Wednesday, 5 November 2014
Nyanyian, ceramah warnai hari keenam perbicaraan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
November 4, 2014
Kelihatan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di hadapan kompleks Istana Kehakiman, di Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada pemimpin mereka yang berhadapan rayuan terakhir kes liwat II. - Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
PUTRAJAYA - [VIDEO] Meriah dan pelbagai gelagat mewarnai pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Nyanyian serta ceramah yang diadakan oleh penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan suasana 'gegak gempita' dan tidak sunyi daripada suara manusia.
"Kalau anda mahu bebas, jerit horey. Bebas-bebas, bebas Anwar," itu antara bait lagu, yang dinyanyikan oleh penyokong Anwar, di sini, hari ini.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian Online di bersebelahan kompleks Istana Kehakiman pula mendapati, beberapa pemimpin PR hadir memberikan ceramah bagi membangkitkan semangat penyokong Anwar.
Antara yang memberi ceramah ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta beberapa penyokong Anwar.
Terdapat juga penyokong yang bermurah hati menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada penyokong yang hadir.
Hari ini merupakan hari keenam perbicaraan kes rayuan liwat II yang melibatkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kongsi berita ini:
Share on facebook Share on twitter
Artikel Berkaitan
Kes liwat II: Terima keputusan dengan hati terbuka
Hilang kerusi jika kalah
'Lelaki Y': Anwar patut sedia jalani ujian DNA
Syed Ali: Terima keputusan mahkamah dengan terbuka
Saya yakin menang, kata Anwar
Penyokong Saiful nafi dibayar
Penyokong Anwar cuba rempuh pagar besi halangan
Nyanyian, ceramah warnai hari keenam perbicaraan
PKR anjur himpunan jika Anwar diputus bersalah
Pekarangan Istana Kehakiman mulai sesak pagi ini
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Berita
Nasional
Edisi
Politik
Kelantan
Semasa
Terengganu
Bisnes
Pahang
Global
Selangor & KL
Hiburan
Melaka & NS
Sukan
Perak
Utara
Karya
Johor
Kolumnis
Sabah & Sarawak
Rencana
Pendapat
Ultras
Entri Blog
Liga Malaysia
Liga Antarabangsa
Wawancara
Sinar TV
×
Kongsi Maklum Balas anda
No comments:
Post a Comment