Wednesday, 5 November 2014
Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara
SEMASA
Kes liwat II: Terima keputusan dengan hati terbuka
NIZAM ZAIN
November 5, 2014
Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR - Semua pihak sama ada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Mohd Saiful Bukhari Azlan perlu menerima dengan hati terbuka keputusan yang bakal diumumkan hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok dalam perbicaraan rayuan kes liwat II.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan semua pihak harus menaruh kepercayaan kepada sebarang keputusan mahkamah tanpa bersikap prejudis dan tidak menimbulkan ketegangan selepas keputusan diketahui esok.
"Kita tengok keputusan dulu dan harap kita percaya kepada keputusan mahkamah, ertinya kepada kedua-dua belah pihak untuk menerimanya dengan (hati) terbuka.
"Semoga ALLAH membuka hati hakim untuk melihat sesuatu berasaskan kebenaran dan petunjuk," katanya kepada Sinar Harian Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang disabitkan dengan tuduhan liwat II.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery menegaskan kes liwat II hanya melibatkan Anwar dengan Saiful dan perbicaraan itu tiada berkaitan dengan kerajaan Malaysia.
"Kita tidak ada apa-apa (persediaan hadapi himpunan mega), kita rasakan bahawa dalam soal ini bukan antara kerajaan dan Anwar, ini adalah antara Anwar dan Saiful.
"Kalau Anwar didapati tidak bersalah, Saiful harus menerimanya, dan kalau dia buat salah, dia juga harus menerimanya dalam soal ini," katanya lagi.
Kongsi berita ini:
Share on facebook Share on twitter
Artikel Berkaitan
No comments:
Post a Comment