Wednesday, 5 November 2014

Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara POLITIK PR akan pertimbang tawaran PSM NIZAM ZAIN November 5, 2014 Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendapatkan konsensus daripada parti komponen dalam PR terlebih dahulu sebelum menerima pelawaan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Beliau berkata, walaupun idea itu baik, namun perkara itu perlu dibincangkan antara PKR, DAP dan Pas sebelum mencapai sebarang keputusan dan pendirian untuk bersama untuk bekerjasama menumbangkan BN pada PRU14 akan datang. "Saya perlu dapatkan konsensus dengan PR, baru kita respons dan mengadakan mesyuarat mengenainya, tetapi kita masih rapat dalam kebanyakan program kita," katanya secara ringkas kepada pemberita yang ditemui di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas pendirian politik parti itu yang bersedia mengadakan pakatan pilihan raya dengan PR untuk menumbangkan BN dalam PRU14. Keputusan itu dibuat semasa perhimpunan nasional khas dalaman pada 2 November lalu, yang menukar keputusan sebelumnya di kongres 2012 untuk menyertai pakatan pembangkang itu. Keputusan itu dibuat seminggu selepas PSM mengumumkan akan membentuk gabungan baru - Gabungan Kiri - bersama dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Gabungan baru itu bertujuan untuk menjadi kuasa ketiga dalam politik Malaysia, dan sedang berusaha menarik penyertaan aktivis sosial yang lain dan kumpulan di Malaysia Timur. Kongsi berita ini: Share on facebook Share on twitter Artikel Berkaitan

No comments:

Post a Comment