Wartawan yang berada di lokasi kejadian membuat liputan perlawanan itu turut terkejut apabila mendapati wanita berkenaan tiba-tiba meracau.
Ada beberapa individu cuba menenangkan wanita itu, tetapi dia meraung supaya dilepaskan kerana ingin membuat tarian ulik mayang.
“Tolong lepaskan saya, jangan pegang, saya nak menari,” rayu wanita berkenaan kepada orang ramai dan kemudian membuat tarian berkenaan.
Bagaimanapun, selepas 10 minit ditenangkan pengunjung selain dibacakan ayat suci al-Quran, wanita berkenaan kembali tenang namun masih lemah.
Dia kemudian dibawa pengunjung wanita lain memasuki kereta sebelum perlawanan bola sepak diteruskan.
Mengimbau kejadian sama, Harian Metro pada 10 November lalu melaporkan hampir 50 peserta Perhimpunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Batu 1, Jalan Pantai, pernah diserang histeria ketika mengadakan tarian ulik mayang dan kuda kepang.
Menurut laporan, keadaan dapat dipulihkan apabila beberapa pengamal perubatan Islam tampil memberikan bantuan.
Sementara itu, pengamal perubatan Islam dari daerah ini, Ustaz Mohammad Salleh menasihatkan pengunjung pantai di daerah ini lebih berhati-hati dan menjaga tingkah laku ketika berada di kawasan berkenaan.
Katanya, ia kerana makhluk halus berada di mana-mana tanpa mengira tempat dan histeria sering berlaku kepada mereka yang gagal mengawal emosi.
“Jika kita terlalu gembira, sedih, takut atau marah, kebarangkalian tinggi untuk dirasuk makhluk halus,” katanya ketika dihubungi, semalam.
No comments:
Post a Comment