Thursday, 16 October 2014
VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 Oktober 2014 / 22 Zulhijjah 1435
Nasional Artikel Wilayah Luar Negara Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan Sains Rekreasi Gaya Hidup Xtive Live! Utusan Melayu Arkib Berita Jom Iklan English
Menarik hari ini
Waktu Solat
Laporan Cuaca
Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
Mahkamah
Jenayah
Agama
Keluarga
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agro
Kesihatan
S3
Polis & Tentera
Sastera
Rencana
Cuit
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum
Catatan Kembara
Classifieds
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Saji Online
MyBooks
Kareer
Utusan Karya
Laman Xtive
LUAR NEGARA
ARKIB : 16/10/2014
Penularan Ebola lebih pantas
Sukarelawan memakai sarung tangan dan topeng muka ketika mengebumikan mangsa wabak Ebola di Waterloo, kira-kira 30 kilometer tenggara Freetown, Sierra Leone pada 7 Oktober lalu. Dunia masih gagal untuk menghalang penularan wabak membawa maut Ebola, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP
Advertisement
NEW YORK 15 Okt. - Dunia masih gagal untuk menghalang penularan wabak membawa maut Ebola, kata seorang pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran semalam bahawa beribu-ribu jangkitan baharu mungkin berlaku sebelum akhir tahun ini.
"Penularan Ebola masih mendahului, malah wabak itu lebih pantas berbanding kita dan sedang memenangi perlumbaan,'' kata Ketua Misi PBB untuk Pasukan Kecemasan Ebola (UNMEER), Anthony Banbury.
Banbury berkata demikian kepada Majlis Keselamatan PBB di New York menerusi satu persidangan video dari ibu pejabat UNMEER di Accra di Ghana.
"Sekiranya Ebola menang, kita akan kehilangan begitu banyak nyawa,'' katanya dengan jumlah kematian terbaharu akibat wabak itu mencecah 4,447 orang daripada 8,914 kes yang direkodkan.
Pegawai PBB itu membuat kenyataan tersebut ketika Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, jumlah jangkitan Ebola boleh mencecah 10,000 orang seminggu ketika pemimpin dunia membuat persiapan membincangkan krisis itu di PBB.
Kata Banbury, masyarakat dunia perlu menghentikan wabak itu sekarang atau akan berdepan dengan situasi sama yang pernah berlaku sebelum ini yang mana tiada rancangan dibuat untuk menanganinya.
Jelasnya, dengan kadar jangkitan yang semakin meningkat setiap hari, UNMEER memerlukan kira-kira 7,000 katil untuk tujuan rawatan.
"Banyak berita buruk tentang Ebola, namun berita baiknya adalah kita tahu untuk menghentikan penularannya.
"Bagaimanapun untuk menghalang penularan wabak itu, kita mesti mengalahkan Ebola dan melakukannya dengan pantas,'' katanya.
Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah WHO, Bruce Aylward menjangkakan, wabak itu 'boleh mencapai antara 5,000 hingga 10,000 kes seminggu pada minggu pertama Disember ini. - AFP
Kongsi Konten di :
8
317
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• 14 orang maut dalam serangan udara Syria
• MILF, MNLF setuju berunding
• Taiwan rancang bina pelabuhan tentera di Spratly
• Susilo pengerusi mesyuarat Kabinet kali terakhir
• Pemimpin Hong Kong sedia berunding
• Ratusan anggota IS terbunuh di Kobani
• AS nafi askar terkena serangan kimia
• Putin tuduh Obama musuhi Rusia
• Al-Qaeda kuasai pekan di selatan Yemen
• Lelaki berjaya buang tumor seberat 21 kg
• Michael Jackson selebriti mendiang terkaya dunia
• Angka korban tragedi Himalaya meningkat 29 orang
• 12 terkorban dalam pertempuran di Libya
• Mahkamah arah tangkap bekas menteri
• Atasi banjir, kesesakan di Jakarta
• Kemusnahan sekolah PBB di Gaza disiasat
• Konflik di Hong Kong semakin memuncak
• AS, sekutu bincang strategi tangani IS
• Malaysia diseru serius selesai isu sempadan laut
• Lebih 82 juta penduduk China miskin
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_09/Penularan-Ebola-lebih-pantas#ixzz3GLBAG0OY
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment