Sindiket godam mesin ATM guna virus
September 30, 2014
KUALA LUMPUR - Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.
"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata setakat hari ini sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya.
Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (Affin Bank, kecurian RM303,000); Dataran Sunway (Al-Rajhi, RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (Bank Islam, RM395,850); Kota Damansara (Bank Islam, RM221,160) dan Kelana Jaya (Al-Rajhi) yang belum dapat dipastikan jumlahnya.
Sementara itu sebuah lagi bank (Al-Rajhi) di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurus bank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang.
"Pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam semalam (28 Sept)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Azisman berkata modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor semalam.
Semalam media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih. - Bernama

Artikel Berkaitan
- Bekas pegawai polis ditahan mencuri dalam IPD
- Guna perisian lama punca mudah digodam
- Godam ATM: Polis pantau warga Latin
- Senarai ATM digodam di empat negeri
- Rompakan ATM: Bank komersial tingkat keselamatan
- Sindiket godam mesin ATM guna virus
- Polis lancar Ops Godam ATM
- RM1.217 juta lesap daripada mesin ATM
- Lelaki curi telefon bimbit maut dipukul
- Anggota PV ATM boleh jadi mata, telinga kerajaan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment