Wednesday, 15 October 2014
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyambut baik inisiatif kerajaan Malaysia untuk memberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama lima tahun bagi menggalakkan sektor swasta mengurus, menyelenggara dan menaik taraf kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun.
Dalam Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, berkata pengecualian cukai 70 peratus pula untuk tempoh lima
tahun akan diberikan kepada sektor swasta yang menyelenggara kawasan perindustrian di kawasan lain.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata langkah itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam menggalakkan pembangunan kawasan kurang membangun serta menarik lebih banyak kilang dibangunkan di kawasan terbabit.
"Kami menyambut baik pengumuman kerajaan itu dan berharap kilang kami di Sendayan, Negeri Sembilan termasuk dalam kategori berkenaan," katanya kepada
pemberita ketika ditemui pada program tanggungjawab sosial korporat 'Deepavali Joy with Perodua' syarikat pembuat kereta itu di sini hari ini.
Beliau berkata peruntukan modal untuk automasi sebanyak 200 peratus ke atas perbelanjaan RM2 juta pertama yang dibuat dari 2015 hingga 2020, akan mengurangkan pergantungan kepada pekerja kurang mahir.
"Ini selari dengan pelan Institut Automotif Malaysia bagi mengurangkan kira-kira 20 peratus jumlah pekerja asing menjelang 2020," katanya.
Beliau juga menggesa vendor Perodua menggunakan sistem automasi bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.
"Kilang pengeluaran Perodua Global baharu kami mempunyai kadar automasi 75 peratus dengan tenaga kerja kira-kira 1,200 orang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Badlisham Ghazali dalam satu kenyataan berkata penubuhan hab-hab utama akan menarik syarikat multinasional membuka pusat operasi di Malaysia dan meningkatkan perjalanan perniagaan.
"Saya gembira kerana kerajaan terus berusaha merangsang pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata usaha berterusan kerajaan dalam menyokong pertumbuhan sektor pelancongan sanggat menggalakkan, dan Malaysia Airports akan menyokong pertumbuhan ini memandangkan lapangan terbang merupakan pemacu utama ekonomi. - Bernama
Kongsi berita ini:
Share on facebook Share on twitter
Artikel Berkaitan
Perodua sambut baik pengecualian cukai
Sambutan hebat, tempoh serah Axia lebih lama
Perodua Axia bukan ganti Viva
Sasar jual 30,000 Axia tahun ini
Perodua Axia dibuka untuk tempahan
Perodua turunkan sasaran jualan 2014
Perodua kurangkan harga Viva RM5,300
Perodua buka pusat alat ganti baharu
Perodua: RM6j bagi khidmat lepas jualan di UK
Perodua bantu vendor
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Berita
Nasional
Edisi
Politik
Kelantan
Semasa
Terengganu
Bisnes
Pahang
Global
Selangor & KL
Hiburan
Melaka & NS
Sukan
Perak
Utara
Karya
Johor
Kolumnis
Sabah & Sarawak
Rencana
Pendapat
Ultras
Entri Blog
Liga Malaysia
Liga Antarabangsa
Wawancara
Sinar TV
×
Kongsi Maklum Balas anda
Terima kasih kerana melawat sinarharian.com.my
kami menjalankan tinjauan pantas untuk membantu kami memahami dengan lebih baik mengenai apa yang pelawat tapak kami sukakan dan mengetahui serba sedikit mengenai anda.
Mulakan Tinjauan Tidak, terima kasih
No comments:
Post a Comment