Tuesday, 7 October 2014

Jika tidak insiden yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di Singapura Khamis lalu tidak mustahil berlaku pada anak anda.

Dalam video yang dirakamkan CCTV, seorang kanak-kanak kelihatan dibiarkan bermain dengan menolak dan menarik satu pintu kaca hinggalah ia tiba-tiba tercabut lalu jatuh menimpa kanak-kanak tersebut.




Akibatnya kanak-kanak itu tertiarap di bawah pintu kaca setinggi tiga meter tersebut sebelum diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.




Dia dilaporkan mengalami lebam di pipi kanan, luka di belakang kepala dan sakit leher.

Mujurlah, pintu kaca tersebut dari jenis ‘tempered glass’ jadi ia tidak pecah berderai yang tentunya boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.



Kejadian berlaku di tingkat 5 pusat beli belah Westgate yang terletak di Jurong East, Singapura.

No comments:

Post a Comment