Umno jejaki 1,000 pengundi muda
September 21, 2014
KOTA KINABALU - Pemuda Umno sedang berusaha menghubungi 1,000 pengundi muda berdaftar bagi kawasan Dun Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan untuk menunaikan tanggungjawab pada PRK 25 September ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengenal pasti seramai 1,000 daripada kira-kira 5,000 pengundi muda di kawasan itu berada di luar daerah Tumpat mahupun di luar Kelantan.
"Saya telah mengarahkan jentera Pemuda di semua negeri untuk mengesan seterusnya menghubungi mereka supaya boleh pulang menunaikan kewajipan mengundi kerana rata-rata mereka berada di perantauan untuk mencari rezeki.
"Kita ingatkan jentera jangan berhenti kerana kita masih mempunyai baki empat hari lagi untuk menghubungi mereka dan mengajak mereka pulang mengundi sekali gus memberi sokongan kepada BN," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program FitMalaysia-Sabah di Teluk Likas di sini, hari ini.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, parti berharap golongan muda memberi kepercayaan kepada calon BN sekali gus memberi kemenangan kepada parti.
Ditanya keyakinan BN untuk mengekalkan kerusi Dun itu, Khairy berkata berdasarkan pemantauan, pertandingan dijangka sengit.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Ia membabitkan pertandingan tiga penjuru antara antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pada PRU13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.
Sementara itu, Khairy menyelar tindakan pihak tertentu yang membawa gerakan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk kedua-dua negeri keluar daripada Malaysia.
Katanya tindakan tegas perlu diambil ke atas individu terlibat kerana isu itu sangat berbahaya dan tidak boleh dibiarkan berlanjutan demi kesinambungan dan kepentingan kedua-dua negeri itu dalam Malaysia. - Bernama

No comments:
Post a Comment