Ops Aidilfitri: 500 anggota JPJ, SM1JPJ bertugas
July 11, 2014
TANAH MERAH - Kira-kira 500 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) akan ditempatkan di hentian Rawat dan Rehat (R&R) seluruh negara sempena Ops Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, seramai empat anggota JPJ dan SM1JPJ akan ditugaskan di setiap R&R terbabit bagi melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat pematuhan undang-undang jalan raya.
Katanya, dari segi operasi penguatkuasaan sepanjang operasi berkenaan, pihaknya akan membuat penambah baikan termasuk melakukan pemeriksaan ke atas bas persiaran.
"Anggota kita akan buat pemeriksaan bagi mengesan kesalahan teknikal termasuk keadaan tayar dan brek yang kurang baik.
"Ujian air kencing terhadap pemandu dan menyebarkan risalah keselamatan jalan raya.
"Ini antara penambahbaikan dilakukan JPJ dalam Ops Aidilfitri tahun ini berbanding pada musim perayaan lalu yang mana pemeriksaan hanya membabitkan bas ekspres," katanya, hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas perjumpaan dan majlis berbuka puasa bersama anggota penguat kuasa JPJ di Stesen Penguat kuasaan Kecil (SPK) Bukit Bunga, dekat sini, yang turut dihadiri Pengarah JPJ Kelantan, Ab Ghani Che Kassim.
Ops Aidilfitri tahun ini dijangka bermula dua minggu sebelum dan selepas sambutan hari raya iaitu dari 21 Julai dan dijadual berakhir 5 Ogos depan.

No comments:
Post a Comment