Henti segera fitnah terhadap Umno-BN
September 20, 2014
TUMPAT - Tokoh ulama dalam Pas berperanan menghentikan segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada Umno terutamanya ketika berkempen di PRK Pengkalan Kubor.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara tuduhan yang sering dimainkan pembangkang ialah seperti Umno kafir dan Umno bukan parti memperjuangkan Islam yang sebenar.
"Ayat dalam hadis juga tidak ada yang mengatakan sokong Umno adalah berdosa malah kenyataan tersebut berbaur hasutan agama dan boleh menyelewengkan akidah.
"Kita memang tidak menggunakan 'Islam' dalam nama rasmi parti tetapi dengan bangganya saya nyatakan Umno ada lebih 3.5 juta ahli yang berbangsa Melayu," katanya ketika berucap di ceramah perdana di Pusat operasi BN, malam tadi.
Turut hadir Pengarah Jentera PRK, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan hampir 1,000 penyokong parti tersebut.
Menurutnya, kerajaan Pusat tidak pernah membohongi rakyat dengan menafikan hak royalti minyak sekali gus membuktikan tuduhan sesetengah pihak adalah tidak benar.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan fitnah itu telah berjaya menghakis kepercayaan rakyat negeri ini terhadap kerajaan pentadbiran Persekutuan.
"Ini adalah fitnah cukup besar kepada kami dan ia telah diperdagangkan sekian lama dan amat memalukan apabila dikeluarkan oleh sebuah parti yang memartabatkan agama Islam," ujarnya.
Muhyiddin juga memberitahu kerajaan Persekutuan tidak pernah berjanji jika janji tersebut tidak dapat ditepati.
"Banyak janji-janji Pas seperti pembinaan lebuh raya dan stadium tidak ditepati, saya kesian apabila rakyat dimainkan dalam isu ini, kami di Pusat pun tidak akan berjanji jika tidak mampu melaksanakannya," katanya.

No comments:
Post a Comment