Neelofa sah berhijab
July 2, 2014
PELAKON dan pengacara popular Neelofa Mohd Noor, 25 mengesahkan dia telah berhijab sejak awal Ramadan lalu.
Perkara itu disahkan beliau melalui program Meletop saluran Astro Ria malam tadi.
"Insha-ALLAH saya akan berhijab untuk selama-lamanya. Saya akan istiqamah dan saya berharap semua orang doakan yang terbaik untuk saya, " katanya.
Sementara itu pengurus Neelofa, Mohd Amer Shafiq Khalip atau Shawn menerusi sebuah portal hiburan berkata, dia gembira dengan keputusan yang diambil Neelofa.
“Saya juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya,” katanya.
Shawn berkata, sebelum membuat keputusan berhijab, Neelofa sudah mula memakai tudung secara perlahan-lahan sejak tiga bulan lalu.
“Alhamdulillah, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini," katanya.

No comments:
Post a Comment