Saturday, 12 July 2014

Friday, July 11, 2014

Enggan Buat Kimoterapi, Doktor Bersikap Biadap Kepada Enot

Enggan Buat Kimoterapi, Doktor Bersikap Biadap Kepada Enot | Hanya kerana enggan mendapatkan rawatan susulan penyakit kanser usus di sebuah hospital, seorang doktor bersikap celupar dan biadap terhadap Enot.
Enggan Buat Kimoterapi, Doktor Bersikap Biadap Kepada Enot

Menurut Enot, perkara tersebut terjadi selepas dia enggan melakukan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang disaran bagi mengubati penyakit tersebut.

"Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

"Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu,"

Bagaimanapun, Enot turut mengakui kejadian tersebut terjadi berikutan  emosinya yang kini tidak begitu stabil dan mudah tersinggung.

Sementara itu, Enot berkata, dia enggan membuat rawatan berkenaan berikutan kegagalan kaedah rawatan tersebut terhadap ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.

Sehubungan itu dia memilih untuk melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.

"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.

"Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga," katanya.

Sementara itu, Enot mengakui kini bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan kepada anak-anaknya.

Dia juga menyimpan impian untuk menunaikan umrah bersama anak-anaknya sebelum meninggal dunia.

"Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti.

"Kalau ada rezeki lebih saya memang teringin nak menunaikan umrah jika mendapat peluang itu," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/07/11/kata-kesat-doktor-pada-enot/

No comments:

Post a Comment

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.

No comments:

Post a Comment