Umno, Pas Kedah wajar bersatu
June 5, 2014
AYER HITAM - Umno dan Pas wajar bekerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu demi kepentingan politik di negeri ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berikutan amalan politiknya tidak keterlaluan seperti negeri lain.
“Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi cara kita berkomunikasi itu penuh dengan tertib dan saling menghormati.
“Malah, pihak pembangkang juga tidak kutuk kerajaan negeri keterlaluan seperti yang berlaku di Sidang Dun Pulau Pinang sehingga ada wakil rakyat yang mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika merasmikan Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Jerlun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini, hari ini.
Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan pihak lain seolah-olah perpaduan Melayu itu akan menjejaskan kepentingan kaum lain.
“Kalau ada unsur-unsur untuk menyatukan Umno dan Pas, ada pihak yang bimbang seolah-olah perpaduan itu akan menghakis hak dan kepentingan orang bukan Melayu.
“Sebaliknya, Melayu yang majoriti dalam Umno dan Pas jika bersatu akan memberi manfaat kepada semua,” katanya.
Mukhriz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan juga boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
“Mana mungkin rakyat Malaysia boleh bersatu keseluruhannya jika penduduknya yang majoriti Melayu berpecah belah,” katanya.
Menurutnya, tidak salah jika sesuatu parti politik itu mengamalkan politik perkauman asalkan tidak keterlaluan.
“Pada saya, amalan itu bukan satu kesalahan. Tentunya kita cuba mewakili kelompok seharian kita. Sebagai contoh, kalau kita dari kalangan Melayu, tentunya kita akan berjuang untuk kepentingan orang Melayu.
“Begitu juga dengan masyarakat Cina dan India. Ini bukan satu kesalahan. Yang penting ialah bagaimana kita nak menguruskan diri kita dengan pihak lain,” katanya.
Menurutnya, amalan politik perkauman itu dilakukan sebelum merdeka lagi terbukti menjadi formula yang dapat menggerakkan negara ini ke tahap tinggi.

No comments:
Post a Comment