Murid tahun tiga dikhuatiri lemas di Jeram Besu
June 12, 2014
KUANTAN - Seorang murid lelaki Tahun Tiga dikhuatiri lemas semasa mandi bersama keluarganya di Jeram Besu, Dong dekat Raub pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, sebelum kejadian mangsa Mohamad Zul Hassan Mohamad Norlan, 9, bersama keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.
"Keluarga mangsa singgah di situ sebentar untuk mandi dan berkelah sebelum meneruskan perjalanan mereka.
"Mangsa tiba-tiba didapati hilang semasa sedang mandi di situ pada 11 pagi sebelum anggota keluarga mencarinya," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, keluarga mangsa bertindak membuat laporan kehilangannya di Balai Polis Dong sejurus kemudian.
Katanya, 23 anggota pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
"Sehingga kini mangsa yang berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment