Lelaki tertua di Bakong lumpuh
March 11, 2014
MERANTI – Lelaki tertua di Kampung Bakong tidak lagi mampu menguruskan kehidupan seperti biasa akibat diserang penyakit angin ahmar, hujung tahun lalu.
Penduduk, Ahmad Anuar Husin, 39 berkata, sebelum ini Che Husin Awang, 98, banyak membantu penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti komuniti.
“Che Husin gemar membantu penduduk di masjid dan surau setiap kali aktiviti keagamaan diadakan dan dia menjadi kebanggaan penduduk kerana mampu berdikari sehingga usianya hampir mencecah satu abad.
“Penduduk bersimpati dengan keadaan yang menimpa dirinya sehingga menyukarkan Che Husin melakukan aktiviti seperti biasa,” katanya.
Sementara itu, isteri Che Husin, Mek Senik Dollah, 83 berkata, walaupun suaminya mempunyai penyakit asma, namun dia tidak pernah kenal erti penat setiap kali bersama penduduk dalam aktiviti komuniti.
Menurutnya, sejak diserang penyakit angin ahmar, Che Husin tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengesot untuk ke ruang tamu.
“Mujur anak saya yang ke lima dari enam beradik, Abdul Halim, 47 pulang dan bekerja di kampung untuk menjaga kami berdua.
“Dapatlah Abdul Halim mengusung bapanya ke Hospital Pasir Mas atau Klinik Kesihatan Meranti, sekiranya diserang penyakit asma,” katanya.
Katanya, dia reda dengan keadaan menimpa suaminya dan menganggapnya sebagai ujian dari ALLAH SWT.

No comments:
Post a Comment