19 kereta musnah dalam kebakaran
June 9, 2014
MELAKA - Sembilan belas kereta yang ditempatkan di stor Perodua musnah dalam satu kebakaran di Jalan Mufti Hj Khalil Bukit Palah di sini, semalam.
Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri Melaka Kamarulzaman Mohd Din berkata kebakaran pada 6.40 petang itu membabitkan 12 kereta jenis Perodua Viva dan sebuah kereta MyVi baharu serta enam kereta terpakai pelbagai jenama.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan melalui perkhidmatan Sistem Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 pada 6.54 petang dan tiba di lokasi 11 minit kemudian dengan empat jentera bersama 19 anggota dari balai bomba Kubu dan Bukit Katil.
"Ketika bomba tiba, api dalam keadaan marak dipercayai berpunca daripada sebuah kereta terpakai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya pihaknya menghadapi sedikit kesukaran memadam api daripada merebak ke kenderaan lain disebabkan susunan kereta yang ditempatkan di stor terbabit terlalu rapat.
Kamarulzaman berkata stor berkenaan menyimpan lebih 200 kenderaan baharu dan terpakai.
Bagaimanapun, katanya api berjaya dikawal pada 7.15 malam dan padam sepenuhnya 10 minit kemudian dengan kira-kira 185 kenderaan baharu berjaya diselamatkan daripada dijilat api.
Punca sebenar dan nilai kerugian masih dalam siasatan, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan
- Takut masuk rumah sendiri
- Tindakan jiran selamatkan rumah
- Rumah terselamat gara-gara Piala Dunia
- Lima lelaki nyaris maut
- Pemandu cemas kereta terbakar
- Rumah tinggal terbakar kejutkan penduduk
- Rumah kosong hangus terbakar
- Pemandu cemas lori terbakar
- 19 kereta musnah dalam kebakaran
- Rayu bantuan baik pulih rumah terbakar
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment