Polis tahan 30 individu, serah 132 waran tangkap
June 17, 2014
BUTTERWORTH - Polis Pulau Pinang menahan 30 individu dan menyerahkan 134 waran tangkap kepada pesalah trafik dalam tempoh 16 jam Op Warta di negeri ini bermula semalam hingga lima petang ini.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Superintenden Ibrahim Abu Bakar berkata 30 individu berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan terhadap 647 kenderaan dalam beberapa siri sekatan jalan raya.
Beliau berkata individu yang ditahan akan didakwa atas pelbagai kesalahan dan mereka diarah membayar saman tertunggak.
"Secara keseluruhan, Pulau Pinang mencatat sejumlah 14,540 pesalah trafik yang gagal melunaskan tunggakan saman lampau membabitkan pelbagai pelanggaran undang-undang lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas Op Warta di Plaza Tol Sungai Nyior di sini hari ini.
Ibrahim berkata pihaknya turut menambah waktu operasi kaunter bayaran sehingga 8 malam bagi membolehkan orang ramai membayar saman mereka.
"Kami berharap dapat mengesan kesemua pesalah trafik di negeri ini, tindakan diambil adalah sebagai satu peringatan kepada pengguna jalan raya agar tidak memandang ringan terhadap kesalahan lalu lintas yang dilakukan," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment