MH1438 dipanah petir, selamat mendarat di Langkawi
May 20, 2014
KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang disambar petir ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejurus sebelum tengah hari ini.
MAS berkata, pesawat penerbangan MH1438 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pukul 10.55 pagi.
"Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah," menurut MAS dalam satu kenyataan.
Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat. - Bernama

No comments:
Post a Comment