Tindakan jiran selamatkan rumah
June 16, 2014
JOHOR BAHRU - Tindakan pantas jiran berjaya menyelamatkan kediaman pasangan warga emas daripada hangus dipercayai akibat litar pintas dalam kejadian 3.30 petang, kelmarin, di Kebun Teh, di sini.
Menurut, Hajimah Mohammed, 64, ketika kejadian dia serta suaminya, Ahmad Darman, 69, tiada di rumah dan terkejut selepas menerima panggilan daripada salah seorang jiran memaklumkan kediamannya telah terbakar.
Hajimah berkata, sudah menjadi rutin pada setiap hari dia keluar meninggalkan rumahnya untuk melawat ibunya di Taman Kemas, di sini manakala kesemua lima anak berpindah selepas mendirikan rumah tangga.
“Selepas diberitahu rumah terbakar, saya sangka ia disebabkan suami lupa untuk memadamkan api dapur selepas memasak kerana sebelum meninggalkan rumah saya terlebih dahulu mematikan suis. Malah saya juga terbayang kami berdua hanya tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran.
“Dalam perasaan cemas, saya segera pulang, namun apabila berada di kawasan berhampiran, saya amat terkejut kerana masih nampak bumbung rumah dalam keadaan elok,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Dia berkata, makluman daripada jirannya, mereka terhidu bau hangit daripada rumah Hajimah sebelum ternampak asap tebal keluar daripada sebuah bilik tengah rumahnya.
Bagaimanapun jiran Hajimah terpaksa memecahkan pintu dapur rumahnya selain menyusup masuk ke dalam bilik tersebut untuk memadamkan kebakaran ketika api telah mulai marak dan membakar beberapa perabot yang diletakkan di situ.
“Tanpa tindakan pantas dan pertolongan jiran-jiran saya percaya rumah kami tidak dapat diselamatkan. Mujur mereka begitu prihatin jika tidak bukan rumah saya sahaja terbakar malah kediaman lain turut terkena disebabkan jaraknya yang amat dekat.
“Saya amat berterima kasih dengan bantuan semua jiran yang membantu memadamkan kebakaran ketika kejadian. Mereka sanggup mempertaruhkan keselamatan diri sendiri untuk menyelamatkan rumah kami. Tidak dinafikan hubungan kami dengan jiran-jiran amat rapat dan mengambil berat tentang keadaan satu sama lain,” katanya.
Hajimah berkata, akibat kebakaran dipercayai berpunca itu dia dan suami hanya menanggung sedikit kerugian termasuk kerosakan pada bahagian bilik, perabot dan beberapa dokumen miliknya seperti buku akaun tabung haji dan pasport terbakar.

No comments:
Post a Comment