Misteri bau busuk terjawab
June 2, 2014
DUNGUN – Misteri bau busuk menyelubungi aras empat rumah pangsa lima tingkat, di sini, terjawab berikutan penemuan mayat seorang lelaki di ruang tamu sebuah rumah.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin, itu disedari seorang jiran, Mohd Hazlan Zawawi, 29, selepas terdengar bunyi air paip mengalir di dalam bilik air rumah mangsa yang dikatakan sudah tidak ditutup sejak beberapa hari lalu.
Mengesyaki sesuatu tidak kena, Mohd Hazlan cuba memanggil nama mangsa, namun tiada jawapan sebelum dia mengambil keputusan mengumpil tingkap rumah jirannya itu lalu terlihat mangsa, Abdul Wahab Shamsudin, 50, dalam keadaan terlentang.
Dia kemudian bertindak menghubungi pihak pengurusan flat sebelum memaklumkan kepada polis.
Mohd Hazlan berkata, kali terakhir dia bertemu mangsa kira-kira jam 3 petang, lima hari lalu ketika mangsa yang tinggal seorang diri di tingkat empat blok A rumah pangsa berkenaan sedang membaiki motosikalnya di aras bawah.
“Ketika saya bertemunya, dia dalam keadaan sihat dan saya sempat menyapanya, tapi beberapa hari ini saya tak nampaknya sehinggalah saya menemuinya dalam keadaan menyayat hati,” katanya.
Sementara itu, kakak mangsa, Ramzah Shamsudin, 56, berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham pada Jumaat minggu lalu.
Menurutnya, mangsa yang bertandang ke rumahnya ketika itu tidak menunjukkan sebarang perubahan.
"Sudah berkali-kali saya ajaknya tinggal bersama, namun dia enggan.
"Saya benar-benar terkejut apabila menerima berita kematiannya,” katanya.
Mangsa merupakan bekas anggota polis yang pernah bertugas di Tanah Merah, Kelantan dan difahamkan dia berhenti daripada perkhidmatan kerana masalah kesihatan, malah dilaporkan sering berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan sakit jantung dan kencing manis.
Mayat mangsa yang sudah berbau dan sebahagian badannya sudah berair kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil bedah siasat, mangsa dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian.

No comments:
Post a Comment