Diana Danielle Tidak Boleh Mengandung Lagi
06/06/2014
Dilihat : 18545

Sumber: mStar Online
Pelakon Diana Danielle terpaksa menyimpan hasrat untuk memiliki anak kedua dalam masa terdekat kerana tidak boleh mengandung lagi.
Isteri kepada pengarah dan actor terkenal Farid Kamil itu akur dengan kehendak kontrak beberapa produk yang tidak menggalakkan dia hamil dalam masa terdekat.
“Sebenarnya saya telah menandatangani kontrak untuk beberapa produk yang memerlukan saya bergerak untuk promosi. Jadi jika saya hamil ia akan menyukarkan pergerakan promosi.
“Tetapi saya akur dengan perkara tersebut dan mungkin merancang untuk memiliki anak kedua dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus kepada Muhammad yang kini berusia setahun,” katanya seperti yang dipetik daripada mStar Online.
Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 23, lagi, kontraknya bersama beberapa produk tersebut akan tamat dua tahun lagi.
“Kalau ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi tak mengapalah… Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).
Artikel Berkaitan
BERITA LAINFilem Juvana Kini Di Astro First!
Madame Tussauds Abadikan Empat Patung Lilin Whitney Houston
Jericho Rosales Bakal Rai Ulang Tahun Pertama Astro Bella?
Primadona : Digantung Tak Bertali, Ketahui Hak Wanita
Datuk Aznil Tubuh Dana Bantu Golongan Artis Kurang Berkemampuan
Nikmati Rancangan Menarik Dari Indonesia, Di Indo Pek



















No comments:
Post a Comment