41 projek tunggu kelulusan Najib
May 9, 2014
GUNUNG SEMANGGOL - Sebanyak 41 projek pembangunan dengan nilai anggaran RM4.5 bilion dibentangkan kerajaan negeri di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam taklimat status perlaksanaan akujanji dan projek keutamaan Perak di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhad Mat Nayan berkata, keseluruhan projek yang dibentangkan merupakan sebahagian akujanji BN dibuat perdana menteri pada PRU lalu.
Menurutnya, proses pembentangan setiap projek dibuat pegawai dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Perak diikuti cadangan pembinaan sebuah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Merah, di sini oleh Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.
“Dalam pembentangan itu, beberapa projek utama seperti pembinaan Hospital Daerah Kerian (RM186 juta), penyediaan bekalan Gas dari Air Tawar ke Lahat (RM40.9 juta) dan menaik taraf jalan dari Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu ke Bagan Serai (RM90 juta) turut ditekankan untuk perhatian segera.
“Mengenai pembinaan Hospital Kerian, kos pembinaan asal menempatkan 76 katil sudah diluluskan Kerajaan Pusat, namun kerajaan negeri memohon jasa baik perdana menteri mempertimbangkan cadangan penambahan katil sebanyak 200 unit,” katanya ketika ditemui media, di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali dan Ketua Umno bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat.
Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata, cadangan pembinaan kampus UKM cawangan utara merupakan pelan pembangunan terancang kawasan Lembah Beriah yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri dengan kerjasama M K Land Holding Berhad.
Katanya, pelan itu meliputi sasaran menjadikan Lembah Beriah sebagai lokasi ‘Cyberjaya’ yang baru di negara ini.
“Sesi taklimat khas disampaikan Dr Noor Azlan dilihat diterima perdana menteri dengan baik meskipun tiada kata putus dibuat.
“Bagaimanapun, kita berharap cadangan pembangunan itu dipertimbangkan secara mendalam demi kemajuan rakyat Parlimen Bagan Serai,” katanya.

No comments:
Post a Comment