Sunday, 22 June 2014


Anda di sini: Laman Utama | Politik »

DAP dakwa peratusan keluar mengundi yang rendah bawa kekalahan kepada Dyana

email
comments
DAP dakwa peratusan keluar mengundi yang rendah bawa kekalahan kepada Dyana
Lim Guan Eng berkata kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang -Gambar dari Facebook Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mendakwa peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca parti itu kalah dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan semalam.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata berdasarkan analisis awal parti itu, DAP kalah kerana tiga sebab, termasuklah kemerosotan jumlah pemilih yang mengundi.

"Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada pilihan raya umum lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Penang Run di sini.

Beliau berkata kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.

No comments:

Post a Comment