Anda di sini: Laman Utama | Nasional »
UIA Gombak dilanda banjir kilat, kawasan sekitar ibarat lautan
Syafique Shuib, Astro Awani | Kemas kini: Jun 04, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 04, 2014 17:35 MYT)

Situasi di UIAM ketika dilanda banjir kilat
KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang berterusan petang tadi telah mengakibatkan beberapa kereta tenggelam akibat banjir kilat yang melanda kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak.
Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut.
"Kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester.
"Walaupun beberapa kenderaan dinaiki air, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.
Kejadian itu berpunca limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan berkenaan hingga mencecah paras pinggang.
Ia berlaku di Jalan Al Jamiah di universiti berkenaan.
Beberapa pelajar UIAM telah memuat naik gambar situasi di kampus berkenaan:
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN










No comments:
Post a Comment