Surat sampai lambat
Tarikh: May 15, 2014

Mastura menunjukkan surat menghadiri perbicaraan yang sampai lewat.
POKOK SENA - Seorang ibu tunggal kecewa dengan perkhidmatan penghantaran surat kerana lewat menyerahkan suratnya hingga menyebabkan kes mahkamah yang dihadapinya terpaksa ditangguhkan.
Mastura Md Zoki, 29, dari Jalan Tualang dekat sini terkejut apabila mendapat surat menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar bagi membicarakan tentang kes perceraian dengan bekas suaminya.
Menurutnya, dia dikehendaki hadir ke mahkamah untuk perbicaraan pada 12 Mei lalu jam 9 pagi tetapi malangnya dia hanya menerima surat dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah itu pada 12 Mei jam 4 petang.
"Saya kecewa dengan perkhidmatan penghantaran surat itu kerana surat berkenaan lambat sampai sedangkan tarikh yang dihantar oleh Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah ialah pada 8 Mei lalu.
"Kesilapan ini menyebabkan kes mahkamah ini sekali lagi terpaksa ditangguhkan selepas tiga tahun menunggu sejak 2011 bagi menyelesaikan kes ini," katanya kepada Sinar Harian.
Mastura berkata, semasa mendapat surat itu, dia tidak dapat menghadiri perbicaraan kerana sudah terlewat dan jaraknya pula mengambil masa 45 minit untuk sampai ke mahkamah di Anak Bukit itu.
"Peristiwa ini adalah kali kedua saya hadapi kerana pada Januari 2013, saya turut menerima surat lambat bagaimanapun penghantaran surat itu dibuat melalui hantaran biasa tetapi saya akur mungkin tercicir.
"Namun pada masa itu nasib baiklah pihak pejabat berkenaan ada menghubungi saya bagi memaklumkan tarikh untuk saya menghadiri perbicaraan pada hari terbabit," katanya.
Katanya, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat menyiasat kes ini dan mencari punca berlakunya kejadian ini supaya orang ramai tidak mengalami nasib sepertinya.
"Kelewatan ini menyebabkan saya terpaksa mendapatkan tarikh baru di mahkamah supaya dapat menghadiri perbicaraan selepas tertangguh sekian lama," katanya.

No comments:
Post a Comment