Mutakhir
Warga emas maut digilis lori
Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: Seorang wanita warga emas yang membonceng motosikal ditunggang anak lelakinya maut digilis sebuah lori dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di laluan bertingkat berhampiran Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa E Ponnamah, 66, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ke rumahnya di Kampung Tawas, di sini, bersama anak lelakinya dan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan, motosikal dinaiki dua beranak itu dipercayai dihimpit sebuah lori, sebelum baju mangsa tersangkut pada bahagian tengah lori yang mengakibatkan mangsa terjatuh atas jalan dan digilis tayar belakang lori berkenaan.
Mangsa maut ditempat kejadian, manakala anak lelakinya yang berusia 33 tahun, tidak terjatuh dari motosikal dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Keadaan dilokasi kejadian juga menjadi kecoh dan sedih apabila beberapa ahli keluarga mangsa yang tiba meratapi kematian mangsa serta memarahi anak lelaki mangsa yang menunggang motosikal berkenaan.
Keadaan dilokasi kejadian juga menjadi kecoh dan sedih apabila beberapa ahli keluarga mangsa yang tiba meratapi kematian mangsa serta memarahi anak lelaki mangsa yang menunggang motosikal berkenaan.
WARGA emas yang maut akibat digilis lori. FOTO L Manimaran
Mayat mangsa kemudian dihantar ke HRB untuk dibedah siasat.
No comments:
Post a Comment