Sunday, 4 May 2014

Dua maut dan dua parah dalam kemalangan di Sungai Tong

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
Permaisuri: Dua maut manakala dua parah selepas Proton Iswara dinaiki bertembung dengan Toyota Fortuner di Kilometer 46 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Balai Polis Sungai Tong, dekat sini, 1.30 petang tadi.
Dalam kejadian itu, empat mangsa terbabit dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Kuala Krai, Kelantan. 
Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Toyota Fortuner dinaiki dua lelaki dari arah Kota Bharu menuju Kuala Terengganu itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan PROTON Iswara yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan. 

Kemalangan itu menyebabkan pemandu serta penumpang kereta PROTON Iswara, Mohd Hafzan Jusoh @ Ab Ghaffar, 35, dan Rosnazira Mahmood, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala dua lagi penumpang yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.
Foto

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohammad mengesahkan kejadian dan berkata kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04 222  11 Google +0  1  0

No comments:

Post a Comment