Sunday, 4 May 2014

Mayat remaja lelaki ditemui terapung di Kapar

Klang: Mayat seorang remaja lelaki yang lemas selepas terjatuh dari tongkang ketika memancing bersama rakan dan adiknya, semalam, ditemui terapung berhampiran jeti Stesen Jana Elektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar, di sini, hari ini.
Pegawai Koordinasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Daerah Maritim Klang, Leftenan Madya Maritim Mohd Reduan Che Kamaruddin berkata mayat Mohd Rashid Ruslan, 16, yang lengkap berpakaian ditemui pada 9.43 pagi. 
Beliau berkata, mayat pelajar tingkatan empat itu ditemui kurang 24 jam selepas operasi SAR dilancarkan sejak, 7 malam. 

"Ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan baik dan tiada sebarang dokumen
ditemui, namun pengesahan identiti dibuat oleh bapa mangsa," katanya ketika 
dihubungi di sini hari ini.

Mohd Reduan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah 
di sini untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04 0  0 Google +0  0 0

No comments:

Post a Comment