Anda di sini: Laman Utama | Dunia »
Tanah runtuh: 500 orang maut ketika sembahyang Jumaat
Agensi, Agensi | Kemas kini: Mei 04, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 04, 2014 08:44 MYT)
AAB BAREEK: Seramai 500 orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang telah menenggelamkan sebuah kampung, lapor pegawai rasmi di Afghanistan.
Sebelum ini, laporan mengatakan 2,500 orang dikhuatiri mati.
Pada hari kejadian, penduduk kampung sedang menunaikan sembahyang Jumaat di dua masjid dan mereka ditenggelami oleh arus sampah dan tanah.
Kemudian, kejadian tanah runtuh kedua telah melanda penduduk kampung yang ketika sedang membantu mengeluarkan mangsa tanah runtuh yang pertama.
“Maklumat awal yang kita umumkan sebelum ini adalah jumlah anggaran yang kita dapat dari penduduk kampung, bukan dari pasukan teknikal” kata Timbalan Gabenor wilayah Badakshan, Gul Mohammad Bedar kepada AFP.
“Kemungkinan jumlah kematian tidak sampai 500 orang” katanya lagi.
Pihak penyelamat menghentikan pencarian mangsa yang terselamat pada Sabtu dan 300 orang telah disahkan maut dalam kejadian.
“Berdasarkan laporan kita, 300 buah rumah telah ditenggelami runtuhan tanah” kata Gabenor Badakhshan, Shah Waliullah Adeeb.
“Kita tidak dapat meneruskan pencarian sekarang kerana kesemua rumah berada di bawah lumpur tebal. Doa kami mengiringi mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh ini,” katanya mengakhri perbualan.
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN
No comments:
Post a Comment