Kebakaran punca debu, jejas kesihatan penduduk
Tarikh: May 10, 2014

Arul Kumar (dua, kanan) dan penduduk menutup hidung kerana bau asap akibat daripada kebakaran di kawasan tanah kosong berhampiran Taman Desa Cempaka 1.
NILAI – Kebakaran sering berlaku di tanah kosong seluas dua ekar berhampiran Taman Desa Cempaka 1, di sini menjejaskan kehidupan kira-kira 80 keluarga di kawasan itu sejak setahun lalu.
Adun Nilai, J. Arul Kumar berkata, kebakaran mudah berlaku di kawasan itu dipercayai berpunca daripada kesan pembuangan habuk kayu dan papan lama yang dibuang di situ setelah sekian lama.
“Saya difahamkan lokasi tanah kosong di situ sejak dari dulu telah menjadi tempat pembuangan habuk kayu dan papan lama menyebabkan setiap kali kebakaran berlaku api mudah merebak.
"Walaupun anggota bomba telah memadam kebakaran, tetapi disebabkan keadaan tanah dipenuhi bahan mudah terbakar, ia berulang semula.
“April lalu, kerja-kerja mengorek dan menggambur tanah di kawasan itu telah dilakukan, tapi saya diberitahu penduduk kejadian kebakaran di situ tetap berulang," katanya di sini, semalam.
Tidak mahu perkara itu berlarutan, Arul Kumar telah membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk tindakan.
“Selepas tiga hari aduan dibuat, JAS telah turun padang membuat siasatan. Malah, bomba juga mencadangkan agar pengadang dibuat di kawasan itu bagi mengelakkan api daripada terus merebak,” katanya.

No comments:
Post a Comment