Friday, 25 April 2014

  • Obama temui BERSIH, Majlis Peguam
  • Lawrence Yong | 1:00PM Apr 25 2014
  • Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan bertemu dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia, termasuk BERSIH, sempena lawatannya ke Malaysia hujung minggu ini.

    Malaysiakini difahamkan, turut diundang NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS) dan Empower, kumpulan hak pekerja Tenaganita serta NGO Islamic Renaissance Front (IRF)
    Wakil sebuah NGO memberitahu Malaysia, kira-kira 10 orang diundang oleh kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk pertemuan yang masa dan tempatnya masih belum dinyatakan itu.

    “Kami tidak minta tapi kami gembira dengan undangan ini.

    "Ia menunjukkan pengiktirafan presiden AS akan keperluan melibatkan diri dengan masyarakat sivil di Malaysia,” kata wakil itu yang enggan namanya disebut.

    Turut diundang sama wakil Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

    Obama menjadi presiden pertama AS akan melawat Malaysia selepas lawatan terakhir Lyndon B Johnson hampir 50 tahun lalu.

    [Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment