Berita Utama
Maut wanita tiga beranak
Oleh Isma Ismail
Pontian: Seorang wanita dan dua anaknya terkorban selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 7.1 Jalan Pontian Pesar, Parit Sikom, di sini, malam tadi.
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Roslina Manggil, 29, manakala dua anaknya Mohd Sufi Jamaluddin, 11, dan Melati Ayu Jamaluddin, 9. Mereka dipercayai maut di tempat kejadian.
Dalam kejadian 10.45 malam itu, kereta Perodua Kelisa yang dipandu Roslina seorang dikatakan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain.
Dalam kejadian 10.45 malam itu, kereta Perodua Kelisa yang dipandu Roslina seorang dikatakan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

JENAZAH tiga beranak dibawa ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mereka.
Sejurus pertembungan itu, Perodua Kelisa berkenaan dirempuh pula sebuah kenderaan lain dari arah Pontian yang gagal menggelak kereta mangsa.
Pemandu dua lagi kenderaan terbabit dalam kejadian itu masing-masing hanya alami cedera ringan.
Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment