Thursday, 17 April 2014

Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Karpal seorang lawan yang digeruni - Najib

email
comments
Karpal seorang lawan yang digeruni - Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan mendiang Karpal Singh seorang lawan yang digeruni.

“Dalam kerjaya selama lima dekad itu, kebolehan Karpal telah membuatkannya menjadi seorang lawan yang digeruni,” kata beliau dalam kenyataan di laman Facebook rasminya.

Menurut Najib, dalam bidang politik Karpal merupakan seorang yang berpendirian kuat, manakala dalam bidang perundangan pula beliau merupakan seorang peguam yang komited.

“Di saat yang sukar ini, ingatan kita adalah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam kemalangan tersebut.

“Saya panjatkan ucapan takziah kepada mereka. Kami berdoa agar penumpang yang lain pulih sepenuhnya,” kata Perdana Menteri yang turut terkejut dengan pemergian bekas Pengerusi DAP dan juga tokoh pembangkang terhormat itu.

Najib sebelum itu telah mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Karpal  menerusi akaun Twitter beliau pada jam 3.44 pagi, Khamis.


Najib mendapat perkhabaran mengenai kemalangan tersebut sejurus mendarat di Ankara untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke Turki.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Gopeng awal pagi ini.

Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.

Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.

Karpal sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.

Berita mula diterbitkan pada: April 17, 2014 14:33 (MYT)

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment