Anda di sini: Laman Utama | Nasional »
Sepuluh orang dikhuatiri hilang di Bukit Broga ketika riadah
Bernama | Kemas kini: April 06, 2014
KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Selangor, pagi Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira 11.54 pagi.
"Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.
"Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Mohd Sani berkata usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam.
Berita mula diterbitkan pada: April 06, 2014 00:17 (MYT)
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN
- MH370: Misi SAR diteruskan, cuaca dijangka baik
- MH370: Tentera AS belanja lebih RM10.8 juta
- "Dalam situasi sukar, Australia buktikan nilai persahabatan" - Najib Razak
- MH370: Pengarah LOTR, Peter Jackson hantar jet miliknya bantu misi SAR
- MH370: Indonesia benarkan 94 pesawat guna ruang udara bagi pencarian
No comments:
Post a Comment