1 APRIL 2014 - 10:36 AM
194
0
0
- MH370: Kenapa transkrip komunikasi ambil masa lama untuk didedahkan?
- Dr Asri: Cari MH370, ‘Alangkah indahnya jika negara punyai kapal selam boleh berfungsi’
- Warga Facebook bengang, ‘Bomoh 1Malaysia’ buat hal lagi
- Kit Siang: Pecat Timbalan Menteri Pertahanan, kenyataan rosak kredibiliti Malaysia
- MH370: Bentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen, tolak siasatan lepas jumpa kotak hitam
- Operasi mencari MH370 ditangguh, Lautan Hindi alami cuaca buruk
PKR: Apa alasan kukuh Najib Razak MH370 berakhir di Lautan Hindi?
SHAH ALAM 1 APRIL: PKR mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara mudah membuat kesimpulan berhubung kehilangan pesawat MH370 dengan mendakwa pesawat tersebut ‘berakhir di Lautan Hindi’.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, Najib membuat kesimpulan hanya berdasarkan analisis data satelit Inmarsat tanpa sebarang bukti kukuh.
“Hanya semudah itu Najib membuat kesimpulan, jelas kerajaan tak bersifat telus dalam mengendalikan MH370.
Maklumat lengkap tidak sampai kepada keluarga, mereka mahu tahu sebab dan apa alasan mengatakan pesawat tersebut berakhir di sana,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Sementara itu, Surendren turut mempersoal keangkuhan Kerajaan BN yang enggan membuat sebarang perbincangan dengan pihak lain dalam menguruskan krisis tersebut.
“Kerajaan juga tidak menunjukkan prestasi yang baik, media tempatan dikawal, kerajaan terus sombong dan bongkak, tak panggil Ahli Palimen Pakatan Rakyat untuk berbincang dengan BN.
“Mereka juga gagal untuk membuat perbincangan dengan Ketua Pembangkang, semua buat sendiri, taknak berbincang,” katanya.
No comments:
Post a Comment