Sunday, 23 March 2014

DALAM NEGERI

Sesi penerangan di Beijing cetus kekecohan


ANGGOTA keluarga penumpang pesawat MH370 tidak dapat menahan sabar ketika bertanyakan sesuatu kepada Panglima Operasi Udara TUDM, Datuk Seri Lt. Jen. Ackbal Abdul Samad (memegang fail) pada sesi penerangan di Beijing, China, semalam. -AP
SEPANG 22 Mac - Kementerian Luar akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara China bagi menyiasat beberapa ketegangan yang berlaku ketika sesi penerangan kepada ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Beijing semalam.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, laporan mengenai perjalanan sesi penerangan itu telah diterimanya termasuk dokumen deklarasi yang diberikan oleh anggota keluarga terbabit.
"Sesi penerangan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam berjalan lancar namun di Beijing ia kurang produktif, meskipun kita cuba memastikan ia berjalan lancar, saya faham tetap berlaku beberapa insiden tegang.
"Saya telah menerima laporan daripada dan deklarasi itu dan meminta bantuan daripada Kementerian Luar untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa China bagi menyiasat apa yang telah berlaku," katanya dalam sidang akhbar harian berhubung pencarian MH370 di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, kerajaan akan terus berhubung dengan ahli keluarga yang berada di China dan berusaha memastikan setiap sesi penerangan pada masa depan berjalan dengan lancar.
Jelasnya, satu pasukan teknikal juga telah dibentuk untuk mengkaji setiap sesi penerangan yang dijalankan sebelum ini untuk mengesan kelemahan yang timbul.
"Kami merayu kepada semua pihak terlibat agar memahami situasi yang sangat luar biasa ini dan kesukaran yang dihadapi.
"Rayuan saya kepada setiap ahli keluarga juga sama tidak kira di mana mereka berada, kami akan melakukan apa sahaja untuk memastikan maklumat sampai kepada anda," tambahnya.
Utusan Online on Facebook


Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140323/dn_04/Sesi-penerangan-di-Beijing-cetus-kekecohan#ixzz2wlpZ7KyK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment