Monday, 24 March 2014

'Tak tahu nak cakap apa lagi'

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
Kuantan: "Makcik sedih sangat dengar berita ini (pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak).
"Makcik tak tau nak cakap apa lagi," kata Normah Jaafar, 50 an ibu kepada seorang penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Khairul Amri Selamat,29. 
Ketika dihubungi, di sini, semalam, Normah yang berada di rumahnya di Kerayong Makmur, Bera, kedengaran menangis teresak-esak dan menyatakan kesedihannya kepada wartawan mengenangkan nasib anaknya, Khairul Amri yang menaiki pesawat itu ke Beijing, China, 17 hari lalu untuk menjalankan tugas membaiki sebuah pesawat di sana. 

"Terima kasih kerana menghubungi makcik dan bersimpati atas apa yang terjadi, makcik tidak tahu nak cakap apa lagi.
Foto
IBU penumpang Penerbangan Malaysia MH370, Khairul Amri Selamat,29. FOTO Mohd Fauzi Abdullah

"Bagi makcik masa dulu," katanya mengakhiri perbualan.

Harian Metro difahamkan, wanita itu akan ke Kuala Lumpur ditemani seorang anaknya untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pengumuman dibuat Perdana Menteri.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/24

No comments:

Post a Comment