Saturday, 1 March 2014

Jam tangan pengubat rindu

Oleh NUR SALIAWATI SALBERI, MOHD RAZLAN SALLEH, ARDYHANSAH AMAT dan NORASIKIN DAINEH
Klang: “Hanya jam dipakai arwah ketika dia terbunuh menjadi tempat mak cik melepaskan rindu dan mendapatkan kekuatan. Ketika mak cik mengambil jam berkenaan, ia masih terlekat titisan darah.
“Setiap hari dan ke mana saja mak cik pergi, mak cik akan memakainya. Hanya baru-baru ini jam itu disimpan kerana ia seolah-olah dapat menceritakan segala yang terjadi dan malam Ahad ini (hari ini) genap setahun pemergian arwah.” 
Itu luahan Sa’adiah Md Amin, 61, ibu kepada Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran, 28, yang terbunuh akibat diserang hendap penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, 2 Mac tahun lalu. 

Menurutnya, terlalu banyak kenangan bersama arwah yang tidak dapat dilupakan berikutan sikapnya yang periang dan suka melawak, sekali gus membuatkannya terasa seolah-olah arwah masih ada.
Foto
Tukiran (kanan) bersama Sa'adiah membersihkan pusara Koperal Mohd Azrul yang terkorban dalam pencerobohan di Lahat Datu tahun lalu.

“Jauh di sudut hati terasa arwah masih ada dan terngiang-ngiang suara riangnya setiap kali menelefon, hinggakan ada satu hari tanpa sedar mak cik menghubunginya untuk bertanya khabar, sedangkan dia sudah tiada.

No comments:

Post a Comment