-
- Anwar: Radar kita patut berupaya
- | 1:46PM Mac 20 2014
- Radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar daripada Marconi untuk kawasan Utara Malaysia.
“Ia mempunyai keupayaan untuk mengesan sebarang pasawat dari Barat – atau Timur ke Pantai Barat, dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi.
“Saya dapati amat mengejutkan apabila mereka tidak mampu (memberi jawapan), atau mereka berikan hanya sedikit maklumat.
“Masalahnya kewibawaan kepimpinan. Mereka bersalah kerana terdapat tanggapan umum mereka tidak membukanya, ini sistem kerja yang tidak telus,” katanya dalam wawancara dengan CNN yang disiarkan pagi ini (waktu Malaysia).
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, menggerakkan operasi mencari dan menyelamat terbesar dalam sejarah penerbangan.
[Baca berita penuh]
-
No comments:
Post a Comment